Kejohanan Badminton Dunia: Peluang Pemain Hadirkan Gelaran Sulung




Kejohanan Badminton Dunia (Badminton World Championship) bakal membuka tirainya pada 22 hingga 28 Ogos ini di Tokyo Jepun.

Kejohanan ini merupakan salah satu kejohanan terbesar di dalam kalendar Persatuan Badminton Dunia (BWF) dan juga penting buat para atlet.

Sepanjang kejohanan ini, tidak ada lagi pemain negara yang mampu membawa gelaran tersebut pulang ke bumi Malaysia.

Pada edisi kali ini, negara diwakili seramai 27 pemain di setiap sektor termasuk pemain professional negara. 

Pemain negara dijangka mampu melakar kejutan untuk membawa gelaran dunia yang sulung pulang ke negara.

Hanya Dato’ Wira Lee Chong Wei setakat mempunyai rekod yang cemerlang di mana beliau berjaya membawa pulang tiga pingat perak di edisi 2011 (London), 2013 (Guangzhou) dan 2015 (Jakarta). Manakala bagi edisi 2014 di Copenhagen pingat perak beliau ditarik kerana gagal ujian doping.

  • Perseorangan Lelaki

Untuk sektor ini, negara diwakili seramai tiga atlet iaitu Lee Zii Jia, Liew Daren dan bintang yang sedang meningkat naik Ng Tze Yong. 

Hanya Tze Yong sahaja pemain yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) manakala Zii Jia dan Daren merupakan pemain professional.

Zii Jia yang kini menghuni rangking ke-5 dunia BWF dilihat mempunyai peluang terbaik untuk merangkul gelaran berprestij itu. 

Daren yang mempunyai pencapaian terbaik merangkul pingat gangsa pada edisi 2018 di Nanjing berdepan laluan sukar apabila bertemu dengan pemain pilihan pertama kejohanan dari Denmark, Viktor Axelsen seawal pusingan pertama.

Tze Yong juga berdepan laluan sukar di pusingan pertama apabila diundi untuk bertemu Juara Malaysia Master, Chico Aura Dwi Wardoyo dari Indonesia. Namun berdasarkan prestasi semasa Tze Yong, tidak mustahil beliau mampu untuk lakar kejutan di kejohanan tersebut.

  • Perseorangan Wanita

Sektor perseorangan wanita dianggap antara sektor yang agak rapuh pada edisi kalini dimana hanya dua pemain sahaja yang layak iaitu Soniia Cheah dan Kisona Selvaduray. 

Soniia yang merupakan pemain professional merupakan pemain yang mempunyai rangking tertinggi dalam kalangan pemain negara untuk acara ini.

Tidak meletakkan sebarang sasaran bagi acara ini namun, diharap kedua-dua pemain negara ini mampu memberi saingan terbaik pada edisi kali ini.

  • Beregu Wanita

Pada edisi kalini, sektor beregu wanita berjaya menghantar seramai empat pasangan (kouta maksimum), tiga pasangan muda dari BAM dan satu pasangan professional.

Negara diwakili pasangan pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 iaitu Pearly Tan-M. Thinaah, serta Anna Cheong- Teoh Mei Xing, Valeree Siow-Low Yeen Yuan dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien.

Gandingan Pearly-Thinaah menjadi sandaran negara untuk mara lebih jauh dan mereka merupakan pasangan yang menduduki rangking ke-11 dunia.

Buat pasangan Valeree-Yen Yuan, ini merupakan ‘debut’ pertama mereka untuk kejohanan berprestij ini.

  • Beregu Lelaki

Negara diwakili seramai empat pasangan, dua dari BAM dan dua lagi merupakan pemain professional.

Empat pasangan tersebut ialah Aaron Chia- Soh Woi Yik, Nur Izzudin Rumsani- Goh Sze Fei, Ong Yew Sin-Teo Eei Yi dan gandingan berpengalaman  negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Taruhan negara sudah pastinya terletak dibahu gandingan Aaron-Woi Yik. Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2021 itu diharap mampu untuk mengatasi badi separuh akhir mereka. Mereka juga yang kini menghuni rangking ke-6 dunia berharap untuk membawa pulang kejayaan susulan prestasi yang kurang baik di temasya Sukan Komanwel tempoh hari.

Gandingan Eei Yi-Yew Sin (10), Sze Fei- Izzudin (12) dan V Shem-Wee Kiong (15) juga tidak boleh dipandang mudah kerena ketiga-tiga pasangan tersebut juga mempunyai kebolehan yang tersendiri untuk melakar kejutan.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, V Shem-Wee Kiong juga berhasarat untuk menghadirkan sesuatu dimana berkemungkinan besar ini merupakan kejohanan dunia terakhir mereka sebagai pasangan.

  • Beregu Campuran

Beregu campuran negara di wakili oleh dua pasangan professional, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing (11), Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai (14) dan satu pasangan yang bernaung di bawah BAM Chen Tang Jie- Peck Yen Wei (28).

Acara beregu campuran merupakan acara di mana pemain pilihan-pilihan utama kejohanan kebiasaanya akan menjadi juara. 

Trend tersebut sudah jelas kelihatan ketika kejohanan jelajah dunia BWF sepanjang tahun ini.

Namun diharap pemain negara akan tetap memberi saingan terbaik dan tidak mudah putus asa.

Semoga pada edisi kali ini, pemain negara mampu untuk membawa pulan lebih dari satu kejuaraan dunia ke bumi Malaysia.


Comments