Setiap negara mempunyai hidupan liar yang begitu unik serta mempunyai ciri-ciri yang berbeza berbanding negara lain dan Malaysia juga turut mempunyai khazanah tersebut yang begitu istimewa.
Malaysia amat terkenal dengan spesis Hariamau iaitu Harimau Malaya kerana Mamalia tersebut hanya terdapat disini dan ianya menjadi lambing kebangaan negara.
- Keistimewaan Pak Belang
Nama saintifik bagi mamalia ini ialah ‘Panthera tigris jaksoni‘ yang mengambil nama sempena nama Peter Jackson iaitu seorang ahli konservasif harimau. Di Malaysia, Harimau Malaya ini lebih dikenali sebagai ‘Pak Belang’ kerana belang yang terdapat di badan mamalia tersebut amatlah unik.
Sub-spesis Harimau Malaya ini mula ditemui pada tahun 2004 dan kemudiannya dijadikan sebagai haiwan kebangsaan bagi negara
Terdapat sembilan sub-spesis harimau di dunia namun tiga daripada spesis tersebut telah pupus manakala enam daripada spesis tersebut termasuklah Harimau Malaya masih dipelihara dan dipulihara.
Harimau Malaya juga merupakan spesis yang paling kecil berbanding spesis lain dan seekor Harimau Malaya jantan dewasa mempunyai berat sekitar 100-200kg dengan panjang melebihi lapan kaki serta tinggi tubuh mereka mampu mencecah 114cm.
Seekor Harimau Malaya dewasa adalah seberat sekitar 80kg hingga 129kg setiap ekor, namun mereka mampu lari dengan begitu laju dengan kelajuan larian mencecah sehingga 96km/j. Ianya lebih laju daripada kucing biasa serta Usain Bolt!
Sama seperti manusia, Harimau Malaya mempunyai belang yang berbeza dan mereka dikenali melalui belang yang terdapat di badan mereka.
Habitat mamalia ini hanya terdapat di semenanjung Malaysia sahaja dan tidak dapat dijumpai di Sabah dan Sarawak.
Harimau Malaya juga hidup bersendirian kecuali ketika hendak mengawan atau mahu menjaga anak-anak mereka. Anak Harimau Malaya hidup bersama ibunya selama dua tahun dan selepas itu baru mereka akan hidup sendirian.
Mamalia ini mempunyai usia yang agak panjang iaitu antara 21 hingga 26 tahun dan usia tersebut bersamaan dengan usia antara 80 hingga 108 tahun usia manusia biasa.
Selain itu, Harimau Malaya merupakan perenang yang hebat kerana mereka tidak takut akan air. Mereka merupakan perenang semuljadi dan mereka mampu berenang antara 7km hingga 29km sehari.
Binatang buas ini juga, amat suka tidur pada waktu siang dengan seekor harimau mampu menghabiskan 18-20 jam sehari untuk tidur.
Kesemua ciri-ciri tersebut menjadikan Pak Belang ini begitu istimewa dan unik.
- Diancam Kepupusan
Namun di sebalik keunikkan mereka, haiwan ini semakin diancam kepupusan akibat dek kerakusan dan ketamakan sikap manusia.
Pada 28 Julai 2015, Harimau Malaya telah masuk dalam senarai merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) kerana populasinya semakin merosot.
Antara punca haiwan ini semakin pupus adalah kerana pemburuan haram, perdagangan pasaran gelap serta penebangan hutan secara haram.
Aktiviti tersebut membuat mereka diburu serta hilang tempat tinggal mereka. Akibatnya populasi mereka semakin hilang di hutan negara.
- Selamatkan Pak Belang
Walaupun diancam kepupusan pelbagai usaha kerajaan serta badan bukan kerajaan untuk selamatkan simbol Jata Negara ini.
Hari Harimau Sedunia (Global Tiger Day) turut diadakan untuk melindungi spesis harimau di seluruh dunia.
Selain itu, pada tahun 2016 Maybank Malaysia bekerjasama dengan WWF-Malaysia untuk mengukuhkan pusat konservasi harimau di Kompleks Hutan Belum-Temengor bagi memastikan populasi harimau akan terus berkembang.
Kempen ‘Selamatkan Harimau Malaya’ juga dilancarkan sebagai memepergiat usaha memulihara kewujudan spesis terancam ini dan dana yang terkumpul setakat ini untuk program ini adalah RM 1 juta lebih.
Di harap semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan akan bekerjasama untuk terus memulihara habitat ini kerana sehingga kini kurang 250 ekor Harimau Malaya di hutan berbanding 3000 pada tahun 1950an dahulu.
Semua individu perlu memaikan peranan penting untuk memulihara khazanah negara yang sangat berharga ini kerana kita tidak mahu pekara seperti Badak Sumbu Sumetera terjadi pada Harimau Malaya.
Diharap pada masa akan datang, populasi Harimau Malaya akan kembali pulih dan tidak diancam kepupusan lagi.
Comments
Post a Comment